20.1.14

sos thousand island

Bahan-bahan

Sebiji telur gred A di rebus
1 batang (timun jeruk) di potong dadu
1 biji bawang besar (di potong dadu)
 1 sudu teh cuka 1 ulas bawang putih (di cincang )
4 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
8 sudu besar mayonnaise sedikit chestnut di cincang
 sedikit gula dan garam sedikit lada benggala merah dan hijau (di cincang halus)

Cara-cara membuat
.. mula-mula parut telur rebus mengganakan box grater.. kalo takde box grater lecek je pakai sudu.. tujuannya untuk mendapatkan bentuk telur yang cantik jika diparut.. lepas tu main campak je sumer bahan-bahan lain kedalam telur yang diparut tadi dan kacau hingga sebati... dah siap simpanlah dalam peti sejuk.. sos ni leh tahan dalam suhu bilik selama 15 jam je.. jadi kenalah simpan dalam peti sejuk... jadi selamat mencuba sos ni sedap dimakan bersama sandwich atau salad..

kebab ayam turki

kebab selalu kita bayangkan makan dengan roti arab,jadi untuk memudahkan kerja,korang tak payah buat roti arab,just ambil je roti pita.sedap jgk.hehehe,jom kita lihat resepinya..

bahan-bahan
-roti pita @ roti arab( serupa macam capati)

bahan untuk sos& salad(semua bahan di bawah korang campur jer)
- sos thousand island(saya buat sendiri..-klu korang nak cuba boleh cari dalam blog saya
-sos lada hitam
-mayonis
-sos cili
-salad
-bawang besar di potong dadu
-tomato di potong dadu

ayam bakar dipotong nipis
bahan ayam bakar(semua bahan di bawah digaul bersama ayam n bakar)
-garam secukup rasa
-2 biji bawang besar dan 2 biji bawang putih
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
-2 sudu kecil serbuk jintan manis
-3 sudu kicap manis
- 3 batang serai di bland
- ayam sebelah

untuk french fries gaul dgn serbuk kari daging n goreng.
ok siap selamat mencuba

12.1.14

Kuah Yong Tau Foo

Cara membuat kuah yong tau foo.

meh aku share sikit resepi kuah yong tau foo(kurang pedas,aku tak suka makan pedas2,nnti klu pedas ,hilang khusyuk nk makan .hehehe

Bahan- bahan;
1sudu myk masak
1 sudu myk bijan
1 sudu serbuk cili(aku buat sendiri-guna 3 tangkai cili kering,basuh dahulu kmdian goreng dan blander)
1 sudu teh belacan atau otak2 udang
2 sudu teh sos tiram
3sudu makan kicap pekat
3 ketul gula melaka (Hitam)
2 sudu makan tepung jagung - campur dan kacau dengan air sejuk
1/2 cawan air masak
garam dan gula secukup rasa
Kacang goreng
Bijan yang telah d goreng

Cara-cara  memasak:

1. Panaskan periuk.
Masukkan minyak masak(aku guna myk zaitun)dan myk bijan kedalam periuk yang telah dipanaskan
.2. Masukkan cili  dan belacan atau otak2 udang. Kacau sehingga agak garing.
3. Masukkan gula melaka. Biarkan ia cair.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau sehingga semua sebati.
5. Masukkan air masak dengan tepung jagung. Kacau semuanya sehingga mendidih dan sebati,tambah garam dan gula scukup rasa.
6. Tuang dalam bekas, taburkan bijan dan hidangkan bersama bahan-bahan Yong tau foo.
.klu kurang bahan tu,korang tambah ye,ikut citarasa..selamat mencuba..sedap!

order di sini




SILA TULIS SENARAI ORDER ANDA DI SINI

SILA TULIS SENARAI ORDER ANDA DI Sini
Boleh SMS/Line/WeChat/ whatsapp 019-4190489
FACEBOOK:Butik Miza D Mughniiza